|
 |
|
Thursday, October 29, 2009
Ketika aku sudah tua, bukan lagi aku yang dulu. Mengertilah,bersabarlah sedikit terhadap aku. Ketika pakaianku tertitis sup, ketika aku lupa bagaimana mengikat sepatu, ingatlah bagaimana dahulu aku mengajarmu. Ketika aku berulang-ulang berkata-kata tentang sesuatu yang telah bosan kau dengar, bersabarlah mendengarkan, jangan memutus pembicaraanku.
Ketika kau kecil, aku selalu harus mengulang cerita yang telah beribu-ribu kali kuceritakan agar kau tidur. Ketika aku memerlukanmu untuk memandikanku, jangan marah padaku. Ingatkah sewaktu kecilmu aku harus memakai segala cara untuk memujukmu mandi? Ketika aku tak faham sedikitpun tentang teknologi dan hal-hal baru, jangan mengejekku. fikirkan bagaimana dahulu aku begitu sabar menjawab setiap "mengapa" darimu.
Ketika aku tak dapat berjalan, hulurkan tanganmu yang masih kuat untuk memapahku. Seperti aku memapahmu saat kau belajar berjalan waktu masih kecil. Ketika aku seketika melupakan pembicaraan kita, berilah aku waktu untuk mengingat. Sebenarnya bagiku, apa yang dibicarakan tidaklah penting, asalkan kau disamping mendengarkan, aku sudah sangat puas. Ketika kau memandang aku yang mulai menua, janganlah berduka. Mengertilah aku, dukung aku, seperti aku menghadapimu ketika kamu mulai belajar menjalani kehidupan. Waktu itu aku memberi petunjuk bagaimana menjalani kehidupan, sekarang temani aku menjalankan sisa hidupku. Beri aku cintamu dan kesabaran, aku akan memberikan senyuman redhaku
Posted at 03:06 pm by shahril
Permalink
Ke mana aku ini, ya Allah?
Manusia dilahirkan dari rahim seorang ibu yang mengandungnya selama 9 bulan. Ke mana aku ini, ya Allah?
Manusia tumbuh besar dan dewas Melihat dunia yang baru untuknya dan terpesona dengan keindahannya Lalu ke mana aku ini, ya Allah?
Manusia bercanda tawa Manusia bergembira ria Menjadi manusia bertahta Ke mana aku ini, ya Allah?
Manusia diberi akal untuk mencerna setiap ciptaan yang tak tertandingi setiap insan Lalu ke mana aku ini, ya Allah?
Ketika seorang manusia tersungkur dalam lembah kesedihan yang dalam mencari makna hidup yang keras Tak terhitung airmata yang terkuras Sekali lagi, ke mana aku ini, ya Allah?
Manusia lalu bertambah tua Uban tumbuh di setiap ruas kepala Tanpa tahu harus ke mana berlari sampai akhirnya ajal menanti tanpa bekal amal yang bererti
Tuhan pun datang dan Dia bertanya, Fa-aina tadzhabuun? Ke mana kamu sekalian hendak pergi?
Lalu sang hamba pun tersungkur lagi melihat azab yang telah menanti
"Ya Allah, tiada Tuhan selain Engkau yang menggengam segala kejadian, jangan pernah biarkan diri kami berharap selain dari-Mu.. Ya Allah, jangan biarkan hati ini tenteram selain hanya bersamaMu, tiada Tuhan selain Engkau kerana Engkaulah yang menggenggam segala apapun yang Engkau kehendaki."
Posted at 02:27 pm by shahril
Permalink
Wednesday, October 28, 2009
...jangan putus asa, shah...
Posted at 11:57 am by shahril
Permalink
...ingati MATI itu pasti...
Mendadak dunia jadi sunyi. Rakaman nostalgia kehidupan kita mulai memantulkan gambarnya tepat ke tembok perenungan di depan kita. Seharusnya tembok itu putih bersih, tapi apa dikata, guratan-guratan noda telah membuat gambar terlihat sedikit suram tidak seperti yang seharusnya.
Seketika kita jadi jujur. Sejujur tangisan bayi yang menghiba. Jujur kerana tak ada lagi jalan untuk berdusta, di mana lisan dan hati enggan berkata palsu. Tiada lagi makna yang tersembunyi, tiada lagi tanda tanya, tiada lagi permainan, tiada lagi kepalsuan. Kerana ketika itu tiada lagi kesempatan, yang ada hanya jawaban. Dan satu yang paling menyeramkan; “Tak berguna lagi penyesalan”. Nafas ketika itu begitu mahal hingga akhirnya tak terbeli. Ketika di antara kita tiada lagi.
Semua kita akan melintasi masa itu, sahabat. Masa di mana kita berpindah dari dunia yang perlu harta dan itu ini ke dunia lain yang hanya perlu bekal taqwa dan iman. Ya.. Kau yang matanya tengah menatap kata ini, tak lama lagi. Walau mungkin saja tertunda lebih sedikit dibanding aku. Atau sangat mungkin lebih cepat. Kerana tak ada kata ‘lama’ disini. Di dunia yang serasa baru kelmarin saja kita pertama kali menghirup udaranya, dan kita harus rela suatu saat udara itu enggan memenuhi paru-paru kita. Bukan ia tak mahu, tapi izin tak bersamanya. Kerana ia tahu kita tak perlu udara ketika beranjak ‘pindah’.
Maaf sajalah jika sejenak aku ajak kalian berpindah alam. Berpindah sejenak dari hiruk pikuk kehidupan yang seringkali berhasil menipu kita dengan wajah manisnya, ia rayu kita untuk percaya bahawa kita akan selalu bersamanya.
Bukan maksudku mengajak kalian berputus harapan dalam kehidupan ini, sehingga nanti jangan-jangan kalian berkesimpulan ‘lebih baik menyepi di sudut hutan’. Bukan itu maksudku, sahabat. Yang kuingin hanyalah sebuah kesedaran, bahawa dia yang menggoda kita sedari dulu itu hanyalah ia yang buruk rupa dan akan binasa. Sihirnya telah membuat kita tertipu secara kasarnya dan melupakan sesuatu yang selainnya. Sesuatu yang sejatinya sempurna dan abadi, namun kebodohan dan tipu daya telah membuat kita meniggalkannya.
Oh… Ternyata …..
“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.” (Al-Qasas: 77)
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Ali Imran 185)
dari seorang sahabat
Posted at 11:42 am by shahril
Permalink
Wednesday, October 21, 2009
...tinta raudhah menanti...
sambungan part 1 akan diteruskan pada satu masa yang sesuai dan aku mengambil kesempatan yang ada untuk meneruskan penulisan part 2 dalam novel Tinta Raudhah Menanti ni..
Part 2-ATHIFAH
Aku baru selesai menunaikan solat Asar berjemaah di masjid. Petang itu hati hiba mengenang kisah lalu yang menghantui hidupku sehari-hari. Kulihat awan mendung berlalu seoalah-olah meredupi perjalanan pulangku ke rumah. Cepat-cepat aku memalingkan hati daripada mengingat kisah-kisah seram itu. Astaghfirullah al-Azim. Melihat gambar umi di meja tulisku buat aku tersenyum. Alhamdulillah.. "Hidup hanya semantara Qi, isilah ia dengan kegembiraan dan kecerian serta kemanisan iman yang teguh kepada Allah Yang Satu." Bergenang mengingat gemersik hati ibu itu..Tiba-tiba..
“Tak suka betul aku tengok perangai Athifah tu, Qi. Macam suka menggatal je”
“Assalamualaikum Hawwas.."lembut je suara Syauqi.. "Waalaikumussalam warahmatullah Qi.." sambut Hawwas tersipu-sipu macam syawal daa.(hehe)
"Ni ape cer ni? Tak baik kau buat andaian hampeh macam tu, Hawwas.. Sejauh mana kau yakin dengan kata-kata nista Terhadap sahabat kita tu?”
“Aku bukannya nak cakap apa la kan.. Tapi dah memang kawan-kawan aku yang lain pun cakap macam tu. Mereka dah pesan kat aku supaya beware dengan dia. Silap hari bulan nanti dia datang meminang.”
“Aku tak cakap macam tu pun.. Kalau ya pun dia datang meminang, salah ke? Tak salah kan..?”
Hawwas tak menjawab. Terkedu seketika dan menundukkan kepalanya ke bawah sambil menggaru kepalanya. Dia sedar yang dia mungkin telah tersilap sangka terhadap sahabatnya itu yang lebih dikenali sebagai Ifah. Melihat situasi tersebut, Qi pun terus menyambung bicara..
“Kau mungkin dengar macam-macam yang orang cakap tentang Ifah tu tapi kau tak boleh buat anggapan yang dia jahat ke, menggatal ke tanpa bukti yang benar-benar kukuh. Kau pun bukannya betul-betul kenal Athifah tu kan?" Syauqi mematikan bicaranya seketika.. Mengharapkan Hawwas memberikan respons yang wajar. Namun Hawwas masih menunduk bisu.
“Sahabatku Hawwas, tak kiralah walau siapa-siapa pun yang cakap macam tu, kawan-kawan yang kamu percaya ke or siapa-siapa pun. Yang penting kau harus bijak membezakan antara fakta dan spekulasi kosong. Takkan la orang yang tak pernah buat salah kepada kita, tiba-tiba kita nak hentam dan tak suka pada dia.. Manusia biasa semuanya takkebal daripada melakukan kesilapan dan dosa tau.. tapi yang aku geram sikit, kau boleh percaya apa yang orang kata dengan senang hatinya..nilailah dengan baik..”
“Ya lah, Qi. Aku rasa aku memang telah berburuk sangka terhadap dia tu.. Kata-kata kau tu pun ada asasnya juga.. Tak wajar aku membina kesimpulan daripada fikiran dan tohmahan orang semata-mata. Lagi pun, Athifah tu bukannya buat silap apa pun kat aku or kat siapa-siapa pun. Cuma…”
“Cuma apa, was?” Syauqi menantikan jawapan Hawwas dengan setia sambil tersenyum kacak. diulangi soalannya sekali lagi, “Cuma apa, Was..? Boleh pulak kau termenung..”
“Tak ada apa-apalah Qi”
“Kau kenapa ni. Macam ada something yang cuba nak dirahsiakan daripada aku je. Tak kan dengan aku pun nak berahsia kot? ke aku ni dah permainkan baiah ukhuwwah kita?”
“Hmm, kalau aku tanya kau tak marah kan?”
“Nak marah apanya kalau soalannya pun aku tak tau”
“Dah kau tu panas baran. Takut aku.. Janji dulu yang kau tak marah.”
“oh aku panas baran ya? Ya, aku tak kan marah. Manja betul la kau ni.. Ok, soalannya apa!”
Dengan sedikit gementar, Hawwas mengatur kata-katanya, “Aku dengar yang kau pernah dilamar oleh Athifah…” Persoalannya terhenti di situ. Hawwas tak begitu pasti sama ada dia perlu meneruskan soalannya itu ataupun sekadar membiarkannya tergantung. Dia berusaha membaca isi hati Syauqi yang dipanggilnya dengan gelaran Qi itu. Berusaha memahami sama ada soalan ini akan mengganggu ruang tenteram Syauqi ataupun tidak.
Namun, Hawwas sedikit terkejut apabila sambil tersenyum, Syauqi menjawab dengan sedikit berseloroh, “Hmm, ya. Memang Athifah pernah melamar aku tapi tu kisah dulu-dulu. Masih zaman kanak-kanak ribena..” Syauqi tergelak (hehe)
Hawwas yang melihat reaksi positif sahabat baiknya itu lantas tersenyum. Lega rasanya. “Boleh aku tau tak macam mana dia melamar kau?”
Syauqi sedikit memuncung tatkala diajukan soalan sedemikian rupa. Bibirnya sedikit bergetar seperti sedang mengatur bicara. Atau barangkali dia sedang beristighfar. Atau mungkin juga dia sedang berusaha menahan marah. Lantas, Hawwas terus bersuara, “Kau tak payahlah jawab kalau rasa tak selesa k.” Tanpa membuang masa juga, Hawwas segera mengajukan soalan lain kepada Syauqi yang begitu dihormatinya. “Kau pernah jatuh cinta tak?”
Syauqi dengan tenang bersuara, “Was, cinta tu satu anugerah Ilahi buat kita ni tau.. Rasa cinta ni juga dah memang sebahagian daripada diri kita.. Mengubat rasa sunyi yang bertakhta di hati. Kita ni juga selaku orang lelaki kenalah beringat akan peranan kita nanti apabila bergelar suami.. Bukan setakat makan minum tempat tinggal isteri je yang nak dijaga tau. Kita kenalah juga sentiasa berada di sisi dia, mendidik kelembutannya dalam melahirkan dan mendidik pembangunan masyarakat di muka bumi ni. Yang aku maksudkan itu adalah pembangunan jemaah keluarga kita sendiri nanti.”
"aku teringat sesuatu.. kau ingat tak tafsir surah an-Nisa’ ayat 34?" tanya Hawwas..
"oh tentang firman Allah, yang bermaksud:
"Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (kaum lelaki) atas sebahagian yang lain (kaum wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.""
Syauqi menyambung lagi.."Lelaki memimpin wanita bukan sahaja berlaku pada manusia, bahkan pada haiwan. Lihatlah bagaimana haiwan jantan memimpin yang betina. Jika ada sekumpulan itik jantan dan betina maka itik jantan yang memimpin berpuluh-puluh itik yang mengiringinya dan begitulah seterusnya.."
Hawwas menyelit, "tapi kita juga kena pastikan yang jiwa kita ni dah terdidik dan sentiasa memperbaiki kelemahan diri seiringan untuk mendidik isteri dan anak-anak kita nanti selain hubungan cinta teguh dengan Allah S.W.T. sentiasa dijaga, insyaAllah isteri, anak-anak dan keluarga kita nanti akan mempunyai cinta yang teguh juga kepada kita. Allah bahagiakan kita dunia dan akhirat. InsyaAllah."
Syauqi terkesima seketika. "Wah Hawwas, mantopp.. InsyaAllah." menelan liur dan meneruskan bicaranya, “Kita juga wajar mencontohi ketokohan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam dalam hal-hal rumahtangga yang bahagia. Ada lagi yang kita sebagai pemimpin ni kena tau tapi akualu sikit la nak cakap..”
“Apa yang kau malukan sangat tu, Qi?”
Syauqi dengan berhati-hati berkata “Kita juga perlu bersedia menghiburkan Isteri dengan sebaik mungkin. Hubungan suami isteri dalam Islam pun ada adabnya. Sebab tu lah boleh dapat pahala kalau betul caranya. Kenalah juga pandai berhias agar sejuk pandangan mata Isteri nanti. Ni tidak, asyiklah nak mengharapkan isteri penyejuk mata suami.”
“Hmm, aku rasa bab tu kau dan aku bersedia je kan sepanjang masa.. hehe. luar biasa juga kau ni ya kalau berbicara soal perkara-perkara macam ni. Tapi aku tau kau memang begitu.. Hal-hal perbincangan yang bermanfaat, kau pasti akan ambil tempat”, ujar Hawwas sambil diiringi senyuman yang menggambarkan dia menjadi suami suatu masa kelak.
“Tak adalah. Aku pun baca-baca je daripada buku-buku ilmiah. Sebagai persediaan hari-hari esok. Nak bina baitul Muslim ni bukannya urusan sehari dua, Was.. Athifah pun banyak gak berkongsi idea dan ilmu tentang rumahtangga Muslim..”
“aik, babitkan Ifah pulak..Macam mana pula dengan orang yang ber-couple, Qi? Boleh ke? Maklumlah aku ni buta ilmu dalam bab-bab ni.”
“Hmm, yang ni susah sikit nak jawab. Sebelum tu, apa yang kau sendiri faham tentang istilah ber-couple tu sendiri?”
“Entahlah. aku pun macam tak pasti. Sebab tu aku tanya kau. Apa la..”
“Hehe..Begini, kalau ber-couple yang aku faham tu semata-mata keluar ber-dating dan hanya buat sesuatu menurutkan hawa nafsu semata-mata, dah tentulah ianya salah. Orang yang dah bertunang pun boleh dikatakan couple, betul tak? Tapi mereka pun masih perlu menuruti batasan-batasan yang telah ditetapkan. Hmm, persoalannya ni sememangnya agak panjang untuk dijawab. Namun, biarlah aku simpulkan begini. Berkenalan tu tak salah tapi biarlah betul gayanya. Kalau dah betul-betul suka tu, rujukkanlah kepada mak ayah.”
“Oh, boleh tak aku simpulkan macam ni? Couple tu tak salah kerana fitrahNYA dah jadikan kasih sayang tu untuk hamba-hambaNYA tetapi bagaimana pengisian ataupun cara ianya dilaksanakan?”
“Hmm, lebih kurang macam tu lah, Was. Macam persoalan hiburan dalam Islam. Lebih kurang macam tu lah juga. Bagaimana cara kita menggunakan dan melaksanakan hiburan itu dalam kehidupan seharian.. jika ia melalaikan kita daripada mengingati Allah, pastinya hal tersebut Allah tak suka kan..”
“Tapi ada juga yang kata yang couple-couple ni semuanya salah. Semuanya haram. Macam mana pula tu?”
“Aku pun pernah dengar mereka yang berkata macam tu. Tujuannya adalah supaya mengelakkan masalah zina daripada berlaku. Tambahan pula, metodologi pencegahan ni memang lazim dengan Islam sebagaimana termaktub dalam al-Isra’, ayat 32,
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."
“So, macam mana ni Qi? Boleh ke tidak bercinta sebelum kahwin ni?”
“Aku rasa elok kalau kau tanya soalan tu kepada diri sendiri. Mampukah kau menjaga batasan-batasan antara lelaki dan perempuan semasa ber-couple tu? Adakah kau masih boleh tumpukan perhatian kepada hidup yang diredhai Allah dan akademik? Sebab kau yang lebih mengenali kekuatan dan kelemahan diri kan. Dan aku rasa elok juga kalau kau tanyakan soalan-soalan serupa kepada mereka yang lebih berilmu. Aku ni kadang-kadang cakap pun tak serupa bikin"
“Rumit juga persoalan ni ya, Qi. Tapi takpe, mana ada orang yang sempurna Qi. Yang penting kau sedar kesilapan-kesilapan kau. Aku tengok jatuh bangun kau, ada banyak hikmahNYA yang perlu dipelajari..”
Sambil tersenyum, Syauqi menjawab “Memang pun. Nak hidup diredhai Allah lah katakan. Mestilah berusaha memahami ketetapan-ketetapanNYA kan.. Islam ni mudah sebenarnya. Terpulanglah kepada kita nak ikut ke tak.. InsyaAllah, jodoh kita akan kunjung tiba juga suatu hari nanti..”
“Mudah-mudahanlah Qi. Doakanlah aku ni.. Tak senang duduk aku. Kita sama-sama kenal Athifah yang kuat pendirian itu. Maybe aku tak sangka perempuan yang baik juga berusaha mencari jodoh yang ditentukan Allah taala. Sebab tu dia berani mengutarakan niat sucinya itu. Berani kerana benar..”
“InsyaAllah. Cuba kau baca doa nabi Musa A.S yang terkandung dalam Surah al-Qasas, Surah ke-24 sebagai salah satu usaha mendapatkan jodoh.
"Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.”
Doa ni dulu Ustaz Zamri yang ajar. Semoga Allah S.W.T. akan sentiasa merahmati kau. Amin.. Surah ni juga ada menceritakan kisah romantis Nabi Musa A.S. dengan bakal isterinya. Bakal isterinya itu, menurut Quran, “berjalan dengan malu-malu” tatkala menyampaikan jemputan ayahnya buat Musa A.S. Cuba kau baca dahulu terjemahan kisah romantis Nabi Musa A.S. ini ya. Insya-Allah juga nanti kita bincangkan ayat-ayat berkaitan pada masa akan datang. Ada landasan akhlak antara lelaki dan perempuan yang turut dibicarakan dalam kisah ini sebenarnya.”
“Alhamdulillah. Banyak juga input yang aku dapat hari ni. Dah macam sesi kaunseling permulaan mencari jodoh pula layaknya”, ujar Hawwas dengan nada beserta hembusan nafas kepuasan.
“Perbincangan ni tak semestinya duduk dalam kuliyah-kuliyah agama tentang pergaulan lelaki dan perempuan je. Duduk-duduk kat kedai kopi pun boleh jadi satu sesi perbincangan yang Allah redha kalau buah bicaranya berkisarkan Islam tau.”
“Oh, macam tu! Subhanallah, mudah betul nak dapat pahala ni ya, Qi.”
“Memang pun. Aku pun kadang-kadang pelik pada diri aku sendiri begitu susah untuk buat kebaikan, sedangkan mudahje nak dapatkan pahala dan ganjaran free Allah beri.. aku nak pergi jogging ni. Nak join?”
“Nak. Nak jadi suami yang hebat mestilah kena jaga kesihatan juga.”
“Hmm, jaga kesihatan ni bukannya syarat utama menjadi suami soleh tapi lebih berupa perkara pelengkap. Kalau asyik sakit-sakit ja, macam mana nak berkhidmat untuk isteri tersayang dan jaga famili kita sendiri nanti, tapi kalau tak tau Islam lagi payah. Tapi kalau dah ada dua-dua tu, kesihatan yang baik dan ilmu Islam. Kira pakej lah.”, ujar Syauqi, diiringi tawa mereka berdua.
sambungnya lagi,“Hmm, Hawwas. Sebelum tu aku nak cakap sesuatu bagi menjawab persoalan kau sebelum ni.. Memang aku juga pun pernah suka kat Athifah. Dia tu lembut orangnya tapi tegas apabila berhujah. Aku tak nafikan yang dia ni memang peramah orangnya. Tu lah sebabnya kalau orang yang tak kenal Athifah ni boleh buat assumption yang macam-macam. Dia playgirl la, cakap tak serupa bikin dan banyak lagi. Walhal, hakikatnya bukan macam tu pun. Aku akui aku kenal sifat-sifatnya itu. Dalam hidup mesti ada pro and contra nye kan. Ada orang suka, ada orang tidak."
“Hmm, kenal betul kau dengan Athifah ye. Ada apa-apa lagi ke?”
“Aku bukannya apa. Cuma nak kau berhati-hati. Jangan mudah sangat berburuk sangka dengan orang lain dan mengumpat pula tu. Seolah-olah makan daging saudara sendiri tau. Teringat aku al-Hujurat, ayat 12."
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."
Sebaik sahaja Syauqi selesai berbicara, Hawwas pun segera memintas, “Ada apa-apa lagi ke dengan Athifah?”
“Hmm, biarlah Allah Menentukan cinta itu dengan berlalunya waktu dan ilmu”
bersambung
Posted at 10:36 am by shahril
Permalink
Monday, October 12, 2009
..Pohon raudhah ku yang rendang..
Posted at 02:26 pm by shahril
Permalink
Wednesday, October 07, 2009
...bangkitkan naluri kasihmu, shah...
siang hari sendu melamar kedukaan melihat dinding langit kebiruan awan terang yang makin kekelaman aku bukan seperti engkau sangkakan aku pandai menyulam rahsia juga mungkin pandai bermadah pujangga itu orang kata.. apa pula akan ku katakan? ku usaha kan tidak berpura-pura dalam berjuang ku titipkan nasihat dan panduan perkongsian sama cuma terkadang gaung neraka itu aku dekati terlerai kasih ukhuwwah terbina.. walau begitu.. ku percaya tidak kan terlerai kasih Allah pada diri yang hina..
gelap malam pilu menahan kerinduan kususuri jalan luas yang berliku tidak jumpa cahaya menerangi kegelapan hanya kupercaya pasti suatu masa suria kasih menyinar kembali membawa harapan melangit tinggi bersamanya menggapai redha Ilahi.. waktu itu.. kau muncul di tepian jalan berliku tak bercahaya namun kau berseri cukup mengubat rindu hati ini tak terasa saat yang berlalu tapi.. kita tetap akan kan pasti pergi jua kembali kepada Yang Kuasa.. tidak kekal berpijak di bumi nyata..
kalau ada benci di hati tunjukkan kebencian itu padaku.. sanggupku hadapi walau kutukan aku tidak sanggup lagi.. mempermainkan janji kepada Yang Maha Besar.. biar lapangan hati terluka walau zahirnya ada yang ketawa berdekah-dekah cukup hiba kesyukuran hidayah Ilahi.. biar cinta mekar dalam genggaman Allah taala.
sahih ingatanku terhadapmu kepada siapa mampu ku adukan perasaan dihimpit keresahan "telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan, kerana hilang dari jalan menuju redhaMU ya Allah"
tika kita berada di tempat pada saat yang tepat, itulah kesempatan.
tika kita bertemu dengan seseorang yang membuatmu tertarik, itu bukan pilihan, itu adalah kesempatan.
bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan, itupun adalah kesempatan.
bila kita memutuskan untuk mencintai seseorang, bahkan dengan segala kekurangannya, bersama dengannya walaupun apapun yang terjadi, itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan.
bahkan ketika kita menyedari bahawa masih banyak orang lain yang lebih menarik, lebih pandai dan tetap memilih untuk mencintainya, itu juga pilihan.
perasaan cinta, simpati, tertarik, datang bagai kesempatan pada kita. tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan. pilihan yang kita lakukan. berbicara tentang pasangan hati
nasib membawa kita bersama tetapi tetap bergantung pada kita bagaimana membuat semuanya berhasil
ada seseorang yang diciptakan hanya untukmu, shah..
tetapi tetap terpulang padamu untuk melakukan pilihan, apakah engkau ingin melakukan sesuatu untuk mendapatkannya, atau tidak… kita mungkin kebetulan bertemu pasangan hati kita, tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan hati kita, adalah pilihan yang harus kita lakukan.
kita ada di dunia bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai TETAPI untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna. cara seperti apa yang sempurna??? mencintai Manusia, tidak melebihi cinta kita kepada Allah Maha Penyayang kepada hamba-hambaNYA.. pengabdian diri hanya kepada Allah taala..
berilah peluang kepada diriku MOHAMAD SHAHRIL BIN HUSSAIN
tangisan duka lama tak mungkin membuatkan hati lagi gembira malah melencunkan segala kekuatan yang ada membawa diri ke dahan putus asa yang tiada tempat bergantung
Ingatlah firman Allah..
Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (surah al-hadid ayat 22)
(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (surah al-hadid ayat 23)
Walaupun ujian demi ujian yang menimpa diri sentiasa merayu dan memohon pertologan kepada Tuhan yang Maha Esa kau usaha lah sebaik mungkin maka segala rintangan dan kepayahan akan dapat dirasai malah akan menemui kejayaan di kemudian hari sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak.. insyaAllah
jelas dinyatakan dalam surah al-Insyirah ayat 5 dan 6 yang bermaksud:
"Karena sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan." "Sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan."
..shah.. bersabarlah atas dugaan yang menimpa atasilah ia dengan berusaha dan bertawakkal kepada yang Esa dan jadikaanlah al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan.
shah da raudhah
Posted at 03:54 pm by shahril
Permalink
Taubat Seorang Hamba
Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yg ku lakukan, Oh Tuhan Maha Kuasa, Terima taubat hamba berdosa...
Ku akui kelemahan diri, Ku insafi kekurangan ini, Ku kesali kejahilan ini, Terimalah... Taubatku ini...
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan, Kerana hilang dari jalan menuju redhaMU ya Tuhan
Ku akui kelemahan ini, Ku insafi kekurangan ini, Ku kesali kejahilan ini, Terimalah... Taubatku ini...
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...
Ku akui kelemahan ini, Ku insafi kekurangan ini, Ku kesali kejahilan ini, Terimalah... Taubatku ini...
Munsyid : Irsyadee Feat Hafiz Hamidun
Posted at 02:43 pm by shahril
Permalink
Tuesday, October 06, 2009
Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, Baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah:
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini."
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang."
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil."
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina."
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh."
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
sekadar mengingatkan diri dan kita semua.. moga mendapat iktibar..
Posted at 11:10 am by shahril
Permalink
Thursday, October 01, 2009
Ke mana pengharapan mu, ShAh?
Posted at 09:34 am by shahril
Permalink
|
|
|