DENGAN NAMA ALLAH


PENGHARAPAN HANYA KEPADA ALLAH

..BLOG MUHASABAH DIRI..

hati hiba
mengenangkan
dosa2 yg ku lakukan
oh Tuhan Maha Kuasa
..terima taubat hamba berdosa..
telah aku merasakan
derita jiwa dan perasaan
kerana hilang dari jalan
menuju redhaMu ya Tuhan
di hamparan ini
ku meminta
moga taubatku diterima
ku akui kelemahan ini
ku insafi kekurangan ini
ku kesali kejahilan ini
..terimalah..
...taubatku ini...

Ingatilah

' Al 'ibadatu litta'abbudi ‘
Sesungguhnya setiap ibadah itu
adalah semata-mata
pengabdian kepada Allah SWT


SESEUNGGUHNYA DEMI MASA
MANUSIA ITU
DALAM KERUGIAN
kecuali
MEREKA
YANG MEMANFAATKANNYA




...AnDA AdaLaH YaNG BeRTuAh kE...




MUHASABAH CINTA

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

   

<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31




MOHAMAD SHAHRIL BIN HUSSAIN
24 MEI 1985



PENA SAHABAT

ZHAFRAN

ZAIDIN

NASRUL

ALI

FIRE

ARIZAN

SARFA

SAZALI

AIZAT FAIZ

ASLAM FATIN

SYAKIRAH

HAJAR

AFZAN

LAILA

SUE

SYUHADA

QHASSEIH

LYIANA

WAHYUNI

SYIFA'



KERAJAANku

1Malaysia

TokGuru

Che Det

Anwar Ibrahim

UKM

Mail Yahoo

Airasia

MAS

Alumni KMM

Portal Ukhwah

Blogdrive

Nasyid.com

K.R.I.S

UKP UKM



INFO



AMAL

HARAKAHdaily



HISTORY

Di Sebalik Pentagon

25 Rasul





TAUBAT
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Tuesday, October 06, 2009
...Imbasan kembali...

Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, Baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini."

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.
Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.
Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang."

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil."

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina."

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu.
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh."

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

sekadar mengingatkan diri dan kita semua..
moga mendapat iktibar..

Posted at 11:10 am by shahril

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry