DENGAN NAMA ALLAH


PENGHARAPAN HANYA KEPADA ALLAH

..BLOG MUHASABAH DIRI..

hati hiba
mengenangkan
dosa2 yg ku lakukan
oh Tuhan Maha Kuasa
..terima taubat hamba berdosa..
telah aku merasakan
derita jiwa dan perasaan
kerana hilang dari jalan
menuju redhaMu ya Tuhan
di hamparan ini
ku meminta
moga taubatku diterima
ku akui kelemahan ini
ku insafi kekurangan ini
ku kesali kejahilan ini
..terimalah..
...taubatku ini...

Ingatilah

' Al 'ibadatu litta'abbudi ‘
Sesungguhnya setiap ibadah itu
adalah semata-mata
pengabdian kepada Allah SWT


SESEUNGGUHNYA DEMI MASA
MANUSIA ITU
DALAM KERUGIAN
kecuali
MEREKA
YANG MEMANFAATKANNYA




...AnDA AdaLaH YaNG BeRTuAh kE...




MUHASABAH CINTA

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30




MOHAMAD SHAHRIL BIN HUSSAIN
24 MEI 1985



PENA SAHABAT

ZHAFRAN

ZAIDIN

NASRUL

ALI

FIRE

ARIZAN

SARFA

SAZALI

AIZAT FAIZ

ASLAM FATIN

SYAKIRAH

HAJAR

AFZAN

LAILA

SUE

SYUHADA

QHASSEIH

LYIANA

WAHYUNI

SYIFA'



KERAJAANku

1Malaysia

TokGuru

Che Det

Anwar Ibrahim

UKM

Mail Yahoo

Airasia

MAS

Alumni KMM

Portal Ukhwah

Blogdrive

Nasyid.com

K.R.I.S

UKP UKM



INFO



AMAL

HARAKAHdaily



HISTORY

Di Sebalik Pentagon

25 Rasul





TAUBAT
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Tuesday, September 29, 2009
...tinta raudhah menanti...

sambungan...

"yeyeh paksu balik.. yeyeh paksu emcem balik.." terngiang-ngiang kedengaran suara anak buahku Nazihah gembira setibanya di rumah. lama benar aku tidak balik ke melaka rupanye. rindu sangat mereka.
"emcem ke pakcu ni" pelat Asiyyah. pantang tengok muka ni, ade je nak disakatnya. baru 3 tahun lebih, tapi petah berkata-kata berbanding kakaknya Nazihah.
"mana mama? senyap sunyi ja rumah ni"
"mama dalam bilik kemas-kemas kot"
"tadi kamu buat apa sampai sepah-sepah ni?
"hehe" Zihah sengih.. "main masak-masak dengan adik ni la paksu.. layan je.."
"jom la pakcu main ckali, syawal pun main ni"
"i penat la u.. paksu baru ja balik.." ku dukung syawal di bahu ku usap manja.. "how are u dear"
"meoww.. meowwng.."
"paksu, ni saya dah buat kerja sekolah matematik cikgu beri siang tadi"
"wah lawa nya lukisan ni..macam mama je yang lukiskan"
"eh qi, kamu dah balik.. bila sampai? tadi kak kat belakang kemas dapur.. dah makan?" terkejut aku tiba-tiba kak farah muncul dari belakang."betul la tu akak yang lukiskan, suruh mereka ni yang warnakan"
"belum makan lagi kak, lapar juga ni dari office tadi terus ke melaka.. akak dah makan? cam tak sihat ja tengok?"
"dah tadi dengan budak-budak ni.. alah qi ni, muka sedih memang gini"
"mana abang?"
"dia kerja malam ni"
"pakcu makan la dulu, nanti nenek marah perut kosong" Asiyyah mencelah.. sempat lagi dia teringat neneknya yang sangat pentingkan hal-hal kesihatan di rumah. makan kena ikut timetable nya.. tengoklah anaknya ni, sihat dan kuat..tapi...
"ha dah dah, g ke dapur, makanan dah siap bawah saji"
ketika itu saatnya indah melayan 2 orang anakbuah ku.rumah itu pasti sunyi jika tiada mereka berdua.. alhamdulillah umi dan pakcik ditemani keluarga uda yang menetap bersama-sama di rumah itu.. kak Farah pula sangat selesa bersama keluarga ini.. dah macam keluarga sendiri dah walaupun tinggal bersama keluarga mertuanya disini.

bagaimanalah pakcik tika ini.. ku persiapakan diri sementara menunggu ketibaan keluarga mak Bi dari Kuala Lumpur.
"pakcu, atuk masuk hospital..dia sakit." Asiyyah menempel dalam dudukan ku. kutatap wajahnya yang memahami keadaan atuk kesayangannya.
"a'a yah,atuk sakit.."
"kita doakan dia balik sihat ye pakcu.. bleh caya main-main dengan atuk lagi nanti"
"insyaAllah yah.. nanti Allah dah sembuhkan atuk, atuk balik rumah k." luruh jantung melayani perasaan si anak kecil.. aku? tanggungjawab ku kuat dan menguatkan anak-anak dan keluarga ini dengan segala kemnungkinan yang akan berlaku.
"Nek Bi sampai dah paksu" zihah menyampuk..
"kak.. saya nak bawa Mak Bi ke hospital tengok pakcik ye jap. ape-ape nanti saya beritahu."
"jalan bebaik ye.."

"Assalamualaikum.."
"Waalaikumsalam warahmatullah. Umi mana?" tanya Mak Bi.
"mama di hospital dah jaga pakcik. jom kita pergi.."
dalam perjalanan, ku kenang diri ini.. bagaimana nanti tika aku telah berusia.. atau usia dimamah lebih awal daripada usia yang berusia.. titipan sinar.fm, kudengar lagu "andai kupergi" daripada arwahyarham sudirman, melayan perasaan sendiri..

Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara

Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam

Bersama rayu doa
Damba keampunanNya

Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi

Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisiNya

Rasa gentar rasa rindu
Bertarung di fikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah

Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata

Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya

Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu kekasih

Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu

Bersaksi diriku
Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Ku serah segalanya kepada Mu


pilu hati mengenangkan saat kematian..benarlah hidup dunia tak lama, sangat sekejap bagai setitis air di hujung daun, menanti masa jatuh ke tanah.. dari hati kecil ku doakan, agar Allah sentiasa bersama pakcikku, agar dia sembuh dan bersama keluarga semula. insyaAllah, tawakal kepada Allah itu yang terbaik kerana DIA saja yang tahu yang terbaik untuk hamba-hambaNYA pada saat-saat genting begini..

"qi baru samapai melaka ke tadi?"
"a'a mak Bi. balik kerja tadi terus ke melaka lepas umi call petang tadi"

bersambung....

Posted at 10:52 am by shahril
Make a comment  

Wednesday, September 16, 2009
..Aidilfitri..

Aidilfitri..
kesempatan terbaik sekali
untuk saling melupakan
semua perselisihan persengketaan
untuk saling memaafkan
segala kesilapan kesalahan
untuk saling mendekati
saudara-saudara seangkatan.

Aidilfitri..
biar berlainan visi berbeda misi
mari bersatu kembali
kita cantumkan yang berselerakan
kita tampal yang koyak
kita pateri yang retak
kita baiki yang rosak
kita luruskan yang serong
kita tegakkan yang condong

Aidilfitri..
semoga tidak lagi
kita bertengkar dan berkelahi
bermasam muka dan berkecil hati
bercakaran sesama sendiri
kerna ku tahu
masam ku ini hanya
memporakperandakan nurani

maafkan salah & silap diri
senyuman emosi tidah berbahagi

Aidilfitri..
semoga hari-hari yang bakal dilalui
disirami kemesraan mewangi
disinari ukhuwah sejati
dilimpahi rahmat Ilahi
insyaAllah.

Allah berfirman di dalam Al Quran menerusi ayat 185 surah al-Baqarah yang bermaksud:
"Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan (hari terakhir Ramadan 30 hari) dan
kamu mengagungkan Allah (bertakbir raya) atas petunjuk-Nya yang dianugerahkan
kepada kamu agar kamu menjadi orang-orang yang bersyukur."


Daripada Umamah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda
"barang siapa mengerjakan amal ibadah pada malam Hari Raya Aidilfitri
dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata,
hatinya tidak akan mati pada hari kiamat seperti
matinya hati orang-orang yang kafir ingkar pada hari kiamat.


perkongsian bersama

kata-kata puitis pembakar ku
tingkah laku manja dan ganas ku
tenungan tajam menusuk kalbu
jelingan perlahan nan syahdu ku
muka masam cam budak kecik ku
senyum tawa mengilai ku
mohon maaf zahir dan batin ku


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
moga ukhuwwahfillah berkekalan
dalam redha Allah taala

shah da' raudhah

Posted at 12:35 pm by shahril
Make a comment  

Monday, September 14, 2009
...tinta raudhah menanti...

"syauqi... syauqi.." umi memanggil aku lagi.. "ye umi..ni ha dukung syawal manja benor ni kat depan"
"mari ke sini sekejap" aku bergegas ke ruang tamu..nama surfina terlintas dalam fikiran. "why nama dia yang aku ingat ni.." kuasa Tuhan, di sebaliknya ada hikmah tersendiri.
"qi balik cuti ni lama ke? umi ingat nak ajak kamu pergi ke pasar esok pagi, nak beli barang-barang makanan rumah, bleh?"
"saya balik pun memang nak bersama umi, sama2 sambut puasa di sini. esok lepas pergi ke kubur arwah pakcik, kita pergi pasarye"
"insyaAllah"
"cuti pun tak lama mi, weekend ni je pun, tapi selangor cuti isnin ni coz first Ramadan."
"eloklah tu.. dah asar ke belum ni?"
"ala tadi syawal kacau saya suruh dukung die, geram!"tenung aku tepat pada mata syawal..
"meowww.." umi senyum je.. terus ku ke bilik air..

pakcik itu sebenarnya arwah ayah tiri yang ku panggil "pakcik"..dia kembali ke rahmatullah sebelum ramadan yang lalu kerana kesan-kesan penyakit gastrik dan asma pada dirinya. yang mampu ku katakan hanya dengan innalillah dan alhamdulillah kerana dia pergi dengan aman dan dikatakan mudah..

"umi just nak inform pada qi, pakcik masuk hospital sebab muntah darah selepas pulang dari umah mak Bi malam tadi pukul 10 malam" mesej ini ku dapat daripada umi ketika aku di office menyiapkan segala rutin harian dan tugasan projek transformasi syarikat. "insyaAllah umi, saya dan adikberadik mendoakan yang terbaik untuk dia.. moga dia sentiasa dilindungiNYA dan disembuhkan dengan cepat..umi pun take care k..ape-ape gtau saya". kuharapkan keadaan di melaka dalam keadaan yang baik..

sebenarnya petang sebelum kejadian, kami sekeluarga berkumpul di rumah mak B di bukit mahkota dan mengadakan kenduri kesyukuran sempena hari graduasi ku.."syukur alhamdlulillah penat lelah 5 tahun ini". kami berceloteh, bergurau, menyakat-nyakat aku yang makin dewasa.."dah konvo, bila nak kahwin plak? "10 tahun lagi" itu saja jawapan ku bila sering ditanya tentang kahwin..hehe.. almaklumlah abang-abang semuanya sudah berkahwin..tinggal si teruna ni sorang ja yang masih membujang..pantang berkumpul, hiruk piruk suasana meriah di rumah itu..pakcik, kulihat banyak mendiamkan diri.. tidak seperti selalu..hanya sepatah dua dalam pelukkannya, "tahniah, nak". ucapan itu cukup bermakna bagiku..syukur alhamdulillah.. aku tetap ada ibu ada ayah yang menyaksikan kejayaan ku hari itu walaupun tanpa arwah abah di sisi..sesuai dengan firman Allah..

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah keras"
(Surah Ibrahim: 7)

keesokannya..
"umi calling" tertera di hanphone. ketika itu aku baru balik kerja. singgah sekejap di surau taman perumahan berdekatan syarikat..
"assalamualaikum"
"waalaikumsalam" nada umi sangat berdengus kesedihan..tersentak hati mendengar suaranya itu.
"mengapa umi ku?"
"pakcik kena dimasukkan ke ICU secepat mungkin"
"sabar umi..insyaAllah DIA disisi umi dan dia, permudahkan segala" kelembutan suaraku tidak serupa apa yang bertandang di dalam pilu hati..ya Allah..solatku dihujani resah di dada menanti apakah yang berlaku selepas ini.tidak tertahan mengingat mati dan ujian ini.. bagaimana pula jika aku yang menghadapi saat itu?

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)"
(Surah Al-Jumu�ah: 8)

"selepas solat asar ni, saya balik melaka ye umi.."
"hati-hati"
selesai solat, ku terus pergi ke rumah seorang sahabat baik ku, najah. kebetulan petang itu dia ada di rumah. terpasa ku pinjam kerata myvi nya dan ku tinggalkan kelisa padanya kerana ade kerosakan yang belum dibaikpulih.. tujuannya agar aku menjadi seorang pemandu laju yang berhemah dan sampai cepat ke melaka.. tak tenang hati waktu itu..Allah lebih mengetahui..yang kuharapkan hanya tawakal kepada Allah yang Satu agar perjalanan ini selamat.

sampai di melaka dalam 7.45 malam.ku singgah di surau Padang Jambu berdekatan rumah umi..sangat menggerunkan surau tika itu..gelap gelita, hanya lampu jalan meneranginya.. kepelikan aku makin keruncing kerana surau itu selalunya meriah tapi ia jadi sunyi. banyak perubahan di situ.. rumah kampung di hadapannya telah dirobohkan. mungkin ada projek baru.. mungkin sebab itulah juga surau ini jadi sunyi begitu. kuteruskan solatku di situ.. "apa yang nak ditakutkan. ini rumah Allah"

terkenang pakcik selalu mengimarahkan surau ini..gurau senda yang bernasihatkan syariat Islam tak pernah luput dari kata-katanya bersama jemaah yang lain..ku pulang ke rumah setelah selesai kerana tak dibenarkan aku ke hospital waktu itu oleh umi..
"syauqi tunggu mak B di rumah je k..nanti bawa mak B ke hospital. dia tak tau jalan tu."
"insyaAllah umi..ape-ape gtau saya ye" kami berSMS je..

bersambung...

Posted at 11:13 am by shahril
Make a comment  

Thursday, September 10, 2009
...tinta raudhah menanti...

sambungan...

aku duduk tercegat merenung muka umi bersandar kepenatan mengemas dapur bercalitkan minyak ikan goreng di tangan halus itu.. ikan goreng kah?? atau ikan sembilang yang sememangnya kegemaran seisi keluarga ku. "meoww.. meoww.." bunyi si syawal ingin memanjat bahu umi..tak sah kalo dia tak mahu didukung saban hari berlalu.. kucing lain relax ja tak meoww meoww macam dia kecuali semasa mereka lapar.. tersenyum aku keseorangan melihat gelagat syawal.. cemburu nya hati.. geram nak dicubit-cubit si syawal ni.

kucing..kucing, agaknya mengapalah kau sentiasa ada bersama manusia.. lebih-lebih lagi tika aku sedang bersedih.
mula lah aku meratap hiba dengan bicara si Kucing..

"Bertuahnya si buta kerana tak dapat ia melihat yang boleh dilihat tapi berdosa"

"Bertuahnya si pekak kerana tak dapat ia mendengar yang boleh didengar tetapi berdosa"

"Bertuahnya si bisu kerana tak dapat ia berkata yang boleh dikata tetapi berdosa"

"Bertuahnya si lumpuh kerana langkahnya tidak menuju kepada yang boleh dituju tetapi berdosa"

"Maka alangkah bertuahnya menjadi kucing, hidupnya melihat, mendengar, dan mengiau, serta berjalan tapi tak pula ia berdosa"

"Maka begitu aku mahu saja menjadi kucing yang hidup tanpa dugaan menjaga kesucian hati"

"Tapi apa aku akan setabah si kucing?"

"Mengioww kelaparan tiada siapa-siapa yang peduli, kadang dipukul sakit tak terperi, tiada beratap aku kan sering dibasahi dan tatkala sejuk aku kan sering berharap diselimuti.. tapi ku tahu tuan ku umi akan mengusap dan memandikan aku dengan bersih dan wanginya tak terperi..syukur.."

"Mujur saja aku si kucing, teruk di dunia tapi masih mendapat kasih Ilahi.
Seandainya saja aku punya fikiran buat mencapai kemajuan. Nafsuku meronta tapi ditadbir akal. Aku melakukan dosa tapi sering berpeluang Dimaafkan. Aku mudah manja dengan khalifah Tuhan.."

"Tak mengapa, sudah suratan takdir aku begini, menjadi kucing aku nikmati. Apa adanya aku syukuri kerana tak mahu hidup Dilaknati. Biar aku dibilang comot, putih, sayang atau pun buyut mahu pun syawal walaupun aku tak dilahirkan pada bulan syawal. Kasihku hanya buat Ilahi. Dan akan kuturuti ketetapan ini"

"Janganlah mengeluh manusia pencari, baguslah sudah penyesalan kau beri kerana itu tandanya kau mengingati dan tahukah engkau, kau juga Diingati?"

"Beringatlah kau manusia pencari, jiwamu yang kau sucikan kan menjadi penyeri, buat kehidupanmu di sana nanti, sedang di sini, dunia di sisi"


"Andai saja aku bisa menangis sepertimu, pasti saja aku menangis. Ingin sekali kurasakan berlazat-lazatan dengan Rindu Ilahi. Mataku basah, hilangnya resah. Sudahlah manusia pencari, bangkitlah dan perdengarkan kepadaku ayat-ayat Pencipta dan juga perilakumu yang cukup mempesona. Akan kudoakan kau menjadi manusia suci walau pun sering terdedah kepada dosa duniawi. Dan seandainya bisa, ingin saja aku menemani perjuanganmu sehingga ke akhir nanti. Seandainya saja kau mendengar�"

"Oh Tuhan, ampunkanlah daku kerana bicaraku tadi seperti tidak mensyukuri kurniaan-kurniaanMU selama ini. Ampunkanlah aku Ya Allah, Ya Dzal Jalaali Wal Ikram. Hindarkanlah panca inderaku daripada mengingkariMU Ya Allah. Berikanlah daku CintaMU yang tiada tolok bandingnya. Sucikanlah jiwaku Ya Allah."

"Meowww, Meoww, Meowwng"

"syauqi... syauqi.." umi memanggil aku.

teringat kisah yang diceritakan umi kepada qi tentang arwah abahku yang sangat penyayang terhadap haiwan lebih-lebih lagi kucing.. suatu hari terbaring bangkai seekor kucing yang mati di tengah jalan raya akibat dilanggar berkemungkinan kenderaan yang melalui jalan tersebut. abah sanggup memberhentikan keretanya semata-mata untuk menanam bangkai kucing itu di tepi jalan yang bertanah.. subhanallah.. mampukah aku mengikuti teladan seorang ayah yang bertanggungjawab?? bergenang airmataku. jika dia ada lagi, pasti hari ini, si syawal juga akan terpekik mengiau meminta untuk didukung manja oleh abah..

bersambung...

Jika engkau belum mempunyai ilmu, hanyalah prasangka,
maka milikilah prasangka yang baik tentang Allah.

Begitulah caranya!

Jika engkau hanya mampu merangkak,
maka merangkaklah kepadaNYA!

Jika engkau belum mampu berdoa dengan khusyuk,
maka tetaplah persembahkan doamu
yang kering, munafik dan tanpa keyakinan;
kerana Allah, dengan rahmatNYA
akan tetap menerima mata wang palsumu!

Jika engkau masih mempunyai
seratus keraguan mengenai Allah
maka kurangilah menjadi sembilan puluh sembilan saja.

Begitulah caranya!

Wahai pengembara!
Biarpun telah seratus kali engkau engkar janji,
ayolah datang, dan datanglah lagi!

Kerana Allah telah berfirman:
�Ketika engkau melambung ke angkasa
ataupun terpuruk ke dalam jurang,
ingatlah kepadaKU,
kerana AKU-lah jalan itu.�

Posted at 10:03 am by shahril
Make a comment  

Wednesday, September 09, 2009
...tinta raudhah menanti...

Part 1-GRADUAN

layangan surat di petang senja melayari bahtera Ramadan al-Mubarak..aku termanggu di suatu lapangan, melihat anak kecil didodoi manja seorang wanita bernama ibu.. kuat nya hati dia mendodoi kasih dan sayangnya sebagai seorang ibu.. adui..rindu ku pada umi.. seolah-olah kuingin lagi berada di atas bahu seperti anak kecil itu.. terus ku sedari, sepucuk surat dari seorang sahabat berada dalam genggaman erat kudus jari jemari ku..

"Bismillahirrohmannirrohim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Syauqi, maafkan surfina... doakan ana kuat hadapi hidup ini... sungguh, ana tak kuat hadapi hati ini... pedih.. ana hormat hak nta... ina tak mahu buang nta dari hidup bersahabat ini, apatah lagi buang dari hati, tapi izinkan ina hormat hati kamu... Allah hadiahkan kesakitan hati ini, supaya ana kuat... supaya kuat pengharapan pdNYA yang Agung tempat kita meminta pertolongan sebenar... terlalu banyak maaf yang tak terungkap...

"seorang perindu yang benar-benar menjaga dan menyembunyikan perasaan tersebut daripada pengetahuan orang lain akan mendapat pahala dan ganjaran di atas MUJAHADAH yang dilakukannya.."

semoga ina kuat dalam bermujahadah ini... untuk kamu ya akhi syauqi, jgn lahir rasa simpati dari hati... biar saja ana begini... napa insan bernama surfina selalu sedih? memang belum takdir Allah taala untuk ina even seringkali ina mohon pdNYA untuk punyai pendamping.. ana tak seperti kamu,qi.. ana lebih berdiam diri.. sendiri.. ana ingin teman untuk luahkan rasa.. pendokong diri yang lemah... petunjuk jalan dekatiNYA... jika dilihat yang tegas pada diri ini, ina bermujahadah jadi wanita yang tahu jaga batas...

ana tak mahu jadi fitnah terbesar kaum adam.. dan tak mahu jadi pandangan nafsu kaum adam.. takut azab Allah.. ina tak pandai bersosial, ana banyak berdiam diri.. berfikir... dan sebab itu lah juga, ana terlalu berperasaan.. rasa hati yang tak mampu diluah.. dipendam sampai menjadi barah.. sakit sekali skala..dan kamu, tetap menjadi sebahagian doaku... sekalipun kamu tak pinta... doa solat istikharah tak pernah kering dari bibir ini... jangan tanya sayang, rindu & cinta pada hati ini...itu hak ALLAH...

sekalipun hati yang macam mana dalam diri ini, andai taqdir Allah Yang Maha Penyayang itu kamu bukan untuk ana.... ana mohon pisahkanlah jauh hati ana dari kamu... mohon dekatkan kamu dalam ukhuwwah Islamiyah... terbina atas kasih sayangNYA... hati yg Engkau kurniakan bukan kerana nafsu syaitan, juga bukan nafsu syahwat, tapi hati yang ingin selalu dekat denganMU, yang membawa pada jalanMU, redhaMu, maghfirahMU..
kias cinta & mahar cinta utk kamu...bantulah diri ini dlm bermujahadah... jazakallah.."

............................................

uhhh..aku insan pilihan KAU hari ini ya Rabbi diberi peringatan diri yang lalai dan leka.. Alhamdulillah..mengingatkan siapa aku Muhammad Syauqi (rinduku yang terpuji yang dirahmati)..aku kah yang melawan kehendak dunia semata-mata?? tanya diri ku bermuhasabah..

bersambung.......

key point-MUJAHADAH

Apakah maksud mujahadah? Mujahadah bermaksud melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu. "Apabila nafsu dapat dikalahkan, individu mengutamakan perkara yang dicintai Allah dan mengetepikan kehendak peribadi". Orang yang sanggup melawan nafsu adalah orang yang percaya kepada akhirat serta hari pembalasan. Ia adalah kekuatan yang ada pada umat Islam. Adakah kita benar-benar percaya pada hari akhirat? Mujahadah menyucikan nafsu dan menaikkannya ke tahap yang mulia. Secara dasarnya, nafsu yang paling rendah martabatnya adalah nafsu ammarah. Hati yang dikuasai nafsu ammarah dipenuhi dengan syahwat, suka dipuji, takutkan kesusahan dan mudah kecewa. Apabila hati digilap dengan mujahadah, ia meningkat ke tahap yang lebih stabil iaitu lawwamah. Hati yang dipenuhi lawwamah menyebabkan tuannya terumbang ambing antara kebaikan dan kekejian. Apabila hati terus digilap, ia meningkat kepada makam nafsu mutmainnah ataupun hati yang damai. Mereka yang memiliki hati mutmainnah yakin dengan janji-janji Allah. Justeru mereka sentiasa tenang menghadapi ujian dan tekanan di dunia kerana merindukan kesenangan di akhirat. Golongan yang bermujahadah adalah golongan yang gagah kerana mereka tidak dapat dibeli oleh dunia. Adakah kita termasuk dalam golongan orang yang bermujahadah? Renung-renungkan.

Allah SWT berfirman :
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik."
(Surah al Ankabuut : 69 )


Syekh Imam Al-Ghazali Berkata :
"Mujahadah adalah kunci hidayah, tidak ada kunci untuk memperoleh hidayah selain Mujahadah�

...shah da' raudhah

Posted at 08:31 am by shahril
Make a comment  

Tuesday, September 08, 2009
Taqwa

Taqwa pada bahasa diertikan dengan takut kepada Allah,
juga dengan maksud melaksanakan sesuatu yang
diperintahkan dan meninggalkan sesuatu yang dilarang oleh Allah dan Rasulnya.
Begitu juga diertikan dengan pemuliharaan dari terjatuh ke lembah maksiat

Posted at 12:47 pm by shahril
Make a comment  

Thursday, September 03, 2009
Sejauh Manakah?

...MOHAMAD SHAHRIL BIN HUSSAIN...

Sejauhmana kasihmu pada Allah taala?
Sanggupkah pembuktian cinta sehebat junjungan Mulia?
Diawal fasa dakwah dan pembinaan melahirkan generasi bertaqwa
Fitnah, kezaliman dan propaganda kafir Quraish tak kunjung reda
Pemboikotan selama 3 tahun yang serba menyiksa.

"Demi sesungguhnya!
Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh)
dan (dengan merasai) kelaparan,
dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman.
dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar."

Surah Al-Baqarah [2]: 155.

Sejauh mana cintamu pada Allah taala?
Istiqamah dengan perjuangan hingga Izrael tiba?
Optimis dengan rahmat Allah setiap ketika.?

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman,
orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah,
mereka itu mengharapkan rahmat Allah,
dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

SurahvAl-Baqarah [2]: 218.

"Katakanlah:
Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.
Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

Surah Al-Zumar [39]: 53.

Berpegang teguh pada prinsip Islam?
24jam sehari dari pagi hingga ke malam?

"(Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung)
ataukah orang yang beribadah di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri,
sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya?
Katakanlah:
"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?"
Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran".

Surah Al-Zumar [39]: 9.

Sejauh mana rindumu pada janji Allah taala?
Sanggup berkorban demi menegakkan Deen-Nya?
Halal-haram, Dosa-pahala, Syurga-Neraka jadi standard perbuatan?
Menyusun perintah dan larangan mengikut keutamaan?
Bukan sekadar mencari manfaat dan menghindar kemudaratan
Tetapi demi mengelak ancaman dan siksaan.

"Andaikata seorang mukmin mengetahui siksaan yang ada di sisi Allah,
maka seorang pun tidak akan ada yang tidak mengharapkan surga-Nya.
Dan andaikata orang kafir mengetahui rahmat yang ada di sisi Allah,
maka seorang pun tidak akan ada yang putus harapan dari surga-Nya".

(Mutafaq 'alaih)


shah da' raudhah

Posted at 08:03 am by shahril
Make a comment  

Tuesday, September 01, 2009
DI PENTAS KEBEBASAN

Kamu membakar hutan bandar
kedai dan kereta disambar api kemarahan
semarak darah generasi abad dua puluh satu
siapa yang ditentang juga jelas
menegakkan keadilan dengan tangan kasar
meja rundingan pun turut dibakar.

Seorang tua termanggu melihat kejadian
peristiwa yang tidak terlintas di fikiran
apakah yang dicari wahai anak muda?

Aku yang membina tiang kemerdekaan
kau bersorak bangga mematahkan.

Aku yang mengecat tugu sejarah
putih bersih sedap mata memandang
kau conteng dengan niat hitam.

Jari terketar tak mampu menampar
tangannya letih hendak menangani
mereka yang bingung di pentas kebebasan
tercari-cari nama negeri bumi yang dipijak
sedangkan ladang sudah dibajak
benih sudah dipilih untuk disemai.

Orang tua itu berbisik sedih
aku membina kamu meruntuhkan.

KHADIJAH HASHIM
Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

ehsan daripada Berita Minggu

Posted at 02:58 pm by shahril
Make a comment  

Pertanyaan ini..

Suatu hari Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu beliau bertanya...

Pertama "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?" Murid-muridnya menjawab, "Orangtua, guru, kawan dan sahabat-sahabatnya."Imam Ghazali menjelaskan semua jawaban itu BENAR. Tapi yang PALING DEKAT dengan kita adalah MATI. Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya" (Ali Imran:185). Hanya dengan amalan-amalan yang telah dilakukan sajalah kita ditemani. Semoga kita termasuk orang-orang yang ditemani amalan baik di alam kubur kelak. Rasulullah SAW bersabda bahwa orang yang paling pandai adalah orang yang senantiasa mengingati mati sehingga dia selalu berusaha untuk melakukan kebajikan dan amal baik sebagai bekal hidup di alam yang lebih kekal kelak.

Kedua "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?" Murid-muridnya menjawab, "Negeri Cina, bulan, dan bintang."Lalu beliau menjelaskan bahwa semua jawaban mereka adalah BENAR. Tapi yang PALING BENAR adalah MASA LALU. Kerana walau dengan cara apapun kita tak akan mampu kembali ke masa silam, kecuali dengan keajaiban yang Allah SWT berikan. Oleh karena itu hendaknya kita selalu menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan-perbuatan yang Allah SWT redhai. Kerana orang yang beruntung adalah orang-orang yang hari ini lebih baik dari hari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini.

Ketiga "Apa yang paling besar di dunia ini?" Murid-muridnya menjawab, "Gunung, alam semesta." Semua jawaban itu BENAR kata Imam Al-Ghazali. Tapi yang PALING BESAR dari yang ada di dunia ini adalah HAWA NAFSU. "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai" (Al-Araf:179). Ya...itulah yang paling besar, hawa nafsu manusia. Setiap insan dikurniai Allah Swt dua potensi yang masing-masing perlu dikelola dengan baik oleh pemiliknya. Potensi Tanah (Nafsu) dan potensi Ruh (Fitrah).

Keempat "Apa yang paling berat di dunia ini?" Ada yang kemudian menjawab,"Besi, gajah." Semua jawaban adalah BENAR, kata Imam Ghazali. Tapi...yang PALING BERAT adalah MEMEGANG AMANAH. "Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." (Al-Ahzab:72). Ya...memegang amanah adalah sesuatu yang paling berat. Ketika Allah SWT menyuruh salah satu dari malaikat, gunung, haiwan-haiwan, dan tumbuhan untuk menjadi khalifah di bumi, tak ada satupun yang menyanggupinya. Kerana dirasa amanah ini begitu sangat berat. Dipilihlah manusia dengan segala kelebihannya untuk menjunjung amanah ini, menjadi khalifah di bumi Allah SWT. Namun, entah disedari atau tidak, kebanyakan manusia telah lalai terhadap amanah mulia yang telah Allah SWT berikan. Semoga setiap kita mampu bekerja optimal melaksanakan amanah yang telah dikurniakan pada setiap kita.

Kelima "Apa yang paling ringan di dunia ini?" Para murid menjawab, "Kapas, debu." Guru mereka mengatakan semua jawaban itu BENAR. Tapi ada yang PALING RINGAN daripada semua itu, iaitu MENINGGALKAN SOLAT. Terkadang tanpa kita sedari seringkali kita menunda-nunda waktu solat, waktu istirehat lebih-lebih lagi. Waktu di mana wajah lusuh penuh khilaf dan lalai ini dihadapkan pada Pemiliknya. Kerana rugilah seorang insan yang melewatkan waktu solat, kemudian dia hendak solat, namun sedetik kemudian malaikat pencabut nyawa mendatanginya. Tak ada yang mampu menghalangi dan menunda ajal seseorang.

Keenam "Apa yang paling tajam di dunia ini?" Mereka menjawab, "Sebuah pedang wahai guru." Imam Al-Ghazali berkata bahawa hal itu adalah BENAR. Tapi yang PALING TAJAM yang pernah ada adalah LISAN MANUSIA. Kerana dengan lisan, seseorang bisa saja menyakiti hati dan perasaan saudaranya.

pertanyaan untuk AKU

MENGAPA TERKADANG ALLAH
MENGANUGERAHKAN SATU RASA
YANG TAK MAMPU KITA MILIKI ??

shah da' raudhah

Posted at 08:29 am by shahril
Make a comment  

OLD NASYID

Kita manusia
Makhluk yang bertuah
Harus ada rasa syukur
Kerana dikurnia Allah
Segala kesempurnaan
Hidup di dunia
Pada insan yang malang
Serba kekurangan
Semailah rasa simpati
Usah pula kau menghina
Hapuskanlah dari hati
Perasaan benci
Semua insan ingin hidup
Aman damai dan sempurna
Tetapi suratan dari Allah
Tiada siapa dapat menolaknya
Berkat kesedaran beramal ibadat
Dengan jiwa suci bersih
Bekerja tekun dan gigih
Hidup kita kan selamat
Dunia dan akhirat

Kumpulan Hidayah

Posted at 08:11 am by shahril
Make a comment  

Previous Page Next Page