DENGAN NAMA ALLAH


PENGHARAPAN HANYA KEPADA ALLAH

..BLOG MUHASABAH DIRI..

hati hiba
mengenangkan
dosa2 yg ku lakukan
oh Tuhan Maha Kuasa
..terima taubat hamba berdosa..
telah aku merasakan
derita jiwa dan perasaan
kerana hilang dari jalan
menuju redhaMu ya Tuhan
di hamparan ini
ku meminta
moga taubatku diterima
ku akui kelemahan ini
ku insafi kekurangan ini
ku kesali kejahilan ini
..terimalah..
...taubatku ini...

Ingatilah

' Al 'ibadatu litta'abbudi ‘
Sesungguhnya setiap ibadah itu
adalah semata-mata
pengabdian kepada Allah SWT


SESEUNGGUHNYA DEMI MASA
MANUSIA ITU
DALAM KERUGIAN
kecuali
MEREKA
YANG MEMANFAATKANNYA




...AnDA AdaLaH YaNG BeRTuAh kE...




MUHASABAH CINTA

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

   

<< March 2017 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31




MOHAMAD SHAHRIL BIN HUSSAIN
24 MEI 1985



PENA SAHABAT

ZHAFRAN

ZAIDIN

NASRUL

ALI

FIRE

ARIZAN

SARFA

SAZALI

AIZAT FAIZ

ASLAM FATIN

SYAKIRAH

HAJAR

AFZAN

LAILA

SUE

SYUHADA

QHASSEIH

LYIANA

WAHYUNI

SYIFA'



KERAJAANku

1Malaysia

TokGuru

Che Det

Anwar Ibrahim

UKM

Mail Yahoo

Airasia

MAS

Alumni KMM

Portal Ukhwah

Blogdrive

Nasyid.com

K.R.I.S

UKP UKM



INFO



AMAL

HARAKAHdaily



HISTORY

Di Sebalik Pentagon

25 Rasul





MUHASABAH CINTA
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Friday, October 22, 2010
Kuatkan dirimu.. Aku disisi

tak perlu kau hiraukan segala kekalutan
tak perlu kita berpaling
kerna ku yakin
rahmat dan hikmah Allah
sentiasa mengiringi setiap langkahmu..

walau tersadung kaki rebah terkulai
terus berdiri tangis berderai
usah mengalah bersulam amarah
yakini diri !!
setiap ketentuanNYA pada kita
terselit hikmah yg tak mampu disingkap dan dijangka
kerna segala2nya adalah yg terbaik buat kita..

kau tabah..!! kau cekal hati..!!
biar diterjah pelbagai situasi yang mengundang lelah
yang menggugat jati diri
lupakah kau DIA Yang Maha Penyayang,
sesungguhnya Allah tak pernah menzalimi hambaNYA
sentiasalah bertawakkal dan bermunajat kepadaNYA..

biar diri terpaksa meredah segala onak duri berbisa
untuk berundur sesekali tidak
kerna yakin dgn rahmat dan hikmah Allah
pastinya ada sinar bakal menerangi
setiap destinasi yang kita singgahi
tidak perlu mengalah andai rebah
bangkitlah !!
semoga kita mampu menangani segala-galanya
mampu mengecapi rahmat dan hikmah Ilahi
moga beroleh kebahagiaan yang berkekalan..

dalam kerdipan manja matamu
hadapi.. tempuhi masalah yg menyapa
dgn redha dan pasrah
usah mengalah !!
usah menyerah kalah !!
tangani segala dgn cara berhemah dan berhikmah
bkn sekadar menyerah semata-mata
kerna setiap permasalahan yg melanda pastinya
ada jalan penyelesaiannya
dengan kekuatan daripadaNYA..

Muhasabahlah..
andai ingin berada di puncak
teruskanlah pendakian
andai ingin meredah lautan
teruskanlah renangan
andai ingin mencipta kecemerlangan
teruskan usaha
usah mengalah dan berputus asa..!!

bukankah kita selalu mengatakan..
derita dan bahagia
biasa datang pergi silih berganti..

semoga hari ini lebih baik drpd hari-hari semalam
semoga segala kemelut bisa terlerai
semoga segala ujian ditempuhi dgn penuh sabar dan ketabahan
semoga keimanan dan ketaqwaan sentiasa menjadi persalinan kita
sebagai bekalan menuju ke destinasi penghujungnya
"Selimuti diriku, dengan sutra kasih sayangMU,
agar lena nanti ku mimpikan Syurga yang indah abadi.."
InsyaAllah..

(diinterepetasikan daripada nukilan Zaiton Anizah)

Posted at 10:26 am by shahril
Comment (1)  

Tuesday, October 19, 2010
Pelajaran Hadis

Hadis : Elakkan Gambar-gambar Binatang

Dari Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar.
Maka tatkala Rasulullah sallallahu alaihi wassallam melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang. Berkata Aisyah:"Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku? Rasulullah sallallahu alaihi wassallam kembali bertanya:"Bantal-bantal apakah itu?" Jawab Aisyah, "Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar." Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wassallam:"Pelukis gambar-gambar ini akan disiksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka:"Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!" Kemudian baginda bersabda:"Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu."
(Riwayat Muslim)


Hadis : Amalan Baik Yang Kekal Menemani Mayat

Daripada Anas r.a daripada rasulullah sallallahu alaihi wassallam sabdanya,
“ Tiga perkara yang mengiringi jenazah iaitu keluarganya, hartanya dan amalannya.
Maka dua perkara akan kembali semula, yang tinggal hanyalah amalannya”.
Riwayat al-Bukhari dan Muslim


Huraian:
1. Tiga perkara yang menjadi kepentingan utama di dunia ini iaitu keluarga, kekayaan dan amal kebajikannya. Maka hendaklah setiap orang itu mendapatkannya ketiga-tiga perkara itu dengan sebaiknya

2. Apabila seseorang itu mati, yang kekal bersamanya ialah amalannya. Walaubagaimanapun jika keluarga yang ditinggalkan adalah keluarga bertakwa dan harta yang diperolehi adalah halal dan digunakan untuk keredaan Allah , juga akan bermanfaat kepada si mati.

dakwah2u.blogspot.com

Posted at 09:45 am by shahril
Make a comment  

Tuesday, October 05, 2010
Antara Dua Dunia

Antara dua cinta, memang sesuatu yang merumitkan kerana kita terpaksa membuat dua pilihan. Membuat pilihan adalah satu perkara yang agak membebankan, tetapi nukilan kali ini tidak akan menyentuh agar kita memilih yang mana satu tetapi kita harus memilih kedua-duanya kerana dengan memilih keduanya, kita tidak berada dalam golongan orang-orang yang rugi malah kita akan merasa lebih bahagia dan berjaya.

Antara dua cinta yang ingin disentuh di sini ialah cinta dunia dan cinta akhirat. Kita tidak boleh memilih mana-mana untuk mencintai tetapi kita harus memilih kedua-duanya dan berlaku adil padanya. Tetapi kebanyakan daripada kita hari ini telah membuat pilihan untuk mencintai dunia dan melupakan akhirat. Dan ada pula segelintir yang mencintai akhirat dan tidak mempedulikan dunia. Ramai di antara kita mengimpikan rumah besar, kereta besar dan mengejar kemewahan dunia yang sementara. Tak ramai di antara kita yang mengimpikan jannatul firdaus dan taman –taman syurga yang lain yang jauh lebih baik dan kekal.

Cinta dunia hanyalah cinta yang sementara, dunia hanyalah persinggahan untuk menuju ke akhirat. Mengejar cinta dan kemewahan dunia semata tidak akan membawa kita ke mana-mana malahan ia boleh melalaikan kita untuk mencari cinta yang sebenarnya yang lebih kekal abadi.

Firman Allah:
“Dan (Ingatlah) hari (ketika) orang kafir dihadapkan ke neraka (kepada mereka dikatakan): Kamu sudah menghabiskan rezekimu yang baik dalam kehidupan duniawimu (saja) dan kamu sudah bersenang-senang menikmatinya.”
(Surah al-Ahqaf, ayat 20)

Alangkah ruginya memiliki segala kemewahan dunia tetapi setakat dirasa selama 60 tahun saja. Bahkan ketika ditanya berapa lama kamu hidup di dunia? Mereka menjawab tidak lebih daripada setengah hari saja.

Memilih rumah anda di syurga dengan amalan yang sederhana dan mudah dilakukan, seperti sabda Rasulullah Sallallahu alaihi wassallam yang bermaksud:
“Tidaklah salah seorang kamu mengambil wuduk kemudian memperbaiki wuduknya dan mengerjakan sembahyang dua rakaat melainkan wajib baginya syurga.”
(Hadis riwayat Abu Daud, disahihkan oleh al-Albani)

http://www.fitrahpower.com/

Posted at 11:54 am by shahril
Make a comment  

Thursday, September 23, 2010
Muhasabah Diri Yang Lalai

KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB:
�Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.�
Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IMPIKAN?

QURAN MENJAWAB:
�Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.�
Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB:
�Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.�
Surah Al-Baqarah ayat 286

KENAPA RASA SEDIH DAN KECEWA?

QURAN MENJAWAB:
�Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.�
Surah Ali-Imran ayat 139

APAKAH YANG HARUS AKU LAKUKAN?

QURAN MENJAWAB:
�Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).�
Surah Ali-Imran ayat 200

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB:

�Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.�
Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB:
�Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka.....�
Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB:
�Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.�
Surah At-Taubah ayat 129

BAGAIMAN JIKA AKU TIDAK MAMPU BERTAHAN LAGI??!!

QURAN MENJAWAB:
�.....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.�
Surah Yusuf ayat 87

..Jangan lupa dirimu ada Allah, Shah..
Berlari lah mencari iman dihati
Mengukur taqwa menyemai nurani
Mendamba mengharap redha ilahi
Marilah bersama hayati indahnya hidup bersaudara
Jalinkan kemesraan rasa kasih sayang abadi selamanya

Lagu Teman Bersama Berputik
Dihayati..

Dalam kesepian ku ingin teman,
Teman yang bisa bersama tuk selamanya,
Berjuang bersama mengharungi dugaan,
Cabaran di depan tak kan ku gentar..

Dalam keraguan ku hadapi jua,
Untuk bersama menanamkan keyakinan,
Tanda kita bersama bersatu berjuang,
Jalanan di depan tanda kemenangan..

Kini ku melakar dalam lubuk hati..

Sejernih embun menitis,
Sesejuk salju nan memutih,
Bagaikan iman kasihi taqwa,
Mendamba mengharap maghfirah,
Persis tanda keimanan,
Pasti bertemu kebahagiaan,
..Bersama..

Dengarkan lagu ku ini,
Untuk teman yang sejati,
Dikau hadir bersama kenangan,
Tak bisa terhakis dek suraman

Bayu memanggil diriku,
Menyampaikan rasa rindu,
Kepadanya insan ku sayang,
Yang bernama teman selamaku idam

Terima kasih buat sahabat-sahabat yang setia disisi di saat suka dan duka
Segala yang pahit dan manis kita harungi bersama
mudah-mudahan lebih mematangkan diri
menempuh badai bergelora yang bakal mendatang
demi kebahagiaan
dunia dan akhirat
insyaAllah
..UKHUWWAH FILLAH ABADAN ABADA..

shah da raduhah


Posted at 11:40 am by shahril
Comment (1)  

Jangan Putus Asa Terhadap Rahmat Allah

(53) Katakanlah: Hai hamba-hambaKU yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya DIA lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

(54) Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepadaNYA sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).

(55) Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu dengan tiba-tiba, sedang kamu tidak menyedarinya,

(56) Supaya jangan ada orang yang mengatakan: “Amat besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajipan) tehadap Allah, sedang aku sesungguhnya termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah).

(57) Atau supaya jangan ada yang berkata: “Kalau sekiranya Allah memberi petunjuk kepadaku tentulah aku termasuk orang-orang yang bertakwa”.

(58) Atau supaya jangan ada yang berkata ketika ia melihat azab: “Kalau sekiranya aku dapat kembali (ke dunia), nescaya aku akan termasuk orang-orang berbuat baik”.

(59) (Bukan demikian), sebenarnya telah datang keterangan-keteranganKU kepadamu lalu kamu mendustakannya dan kamu menyombongkan diri dan adalah kamu termasuk orang-orang yang kafir”.


(Az-Zumar:53-59)

Sebab Turun Ayat:

Dari Ibnu Abbas (ra), katanya: Sesungguhnya penduduk Mekah berkata:
“MUhammad mendakwa bahwa penyembah berhala, dan orang yang berdoa kepada selain Allah, dan orang yang membunuh, kononnya dosa-dosa mereka tidak akan diampuni oleh Allah. Oleh itu, untuk apa kita berhijrah dan memeluk agama Islam? Kita sudahpun menyembah berhala, membunuh manusia, dan kita telah melakukan syirik. Sehubungan dengan peristiwa inilah maka Allah Subhana Wa Taala turunkan ayat-ayat di atas.
[Dikeluarkan oleh: Ibnu Jarir dan Ibnu Mardawiyah]

Tafsir Ayat:

Katakanlah: “Hai hamba-hambaKU yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah

Maksudnya:
Katakanlah wahai Rasul kepada orang-orang yang beriman yang telah melampaui batasan-batasan Allah, samada banyak melakukan maksiat ataupun tidak mengerjakan suruhan Allah:

“Jangan kamu putus asa terhadap ampunan Allah”.

Setelah Allah SWT melarang mereka agar jangan berputus asa, lalu Allah menjelaskan kepada mereka tentang penyebab utama mereka mesti berbuat demikian sehingga tidak timbul lagi rasa ragu:

"Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya DIA lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Maksudnya: Sesungguhnya Allah akan mengampuni segala dosa manusia tanpa mengira bagaimanapun besarnya dan banyaknya, kecuali dosa yang telah dikhaskan oleh Allah dalam Al-Quran bahawa DIA tidak akan mengampuninya, iaitu: dosa syirik.

Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan DIA mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendakiNYA. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.
(An-Nisaa’ 4:48)

Keterangan:
Ulama Ahlus Sunnah sependapat bahwa yang dimaksudkan dengan dosa syirik tidak akan diampuni oleh Allah ialah ketika ia berada di depan Allah Subhana Wa Taala. pada Hari Kiamat kelak, sekiranya ia tidak bertobat daripada dosa syiriknya sebelum ia meninggal dunia..


JANGAN PUTUS ASA, SHAHRIL...


Posted at 11:08 am by shahril
Make a comment  

Coretan Penulis

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

alhamdulillah diberi kesempatan jg akhirnya utk berkata-kata dlm blog ni..
bila mengenangkan blog ni, kadang rasa hiba, pilu, sedih, ada juga tikanya kegembiraan dan ketenangan terpancar melihatnya. begitulah kehidupan, bermacam ragam diri sendiri yang dapat dimuhasabahkan, bermacam rencam sifat-sifat yang allah jadikan pada diri.

terasa ingin menulis panjang, tapi cukuplah sekadar coretan semata-mata. makin dewasa, makin dekat dengan hari perpisahan yang tidak tau waktunya. mg apa yang ada di dalam blog ini sentiasa mnjadi kekuatan dan pemangkin pengajaran berpanjangan kepada sahabat-sahabat lebih-lebih lg diri sendiri yang sentiasa berbuat kesilapan tingkahlaku, kata-kata mahupun hati dan jiwa..

doakan kejayaan bersama
ada tika kita tak mampu berbicara
ada waktu mmg kita tak mampu langsung nak memandang orang
apatah lagi ada tika kita tak mampu berbuat apa-apa
namun bukan maksudnya perjuangan hidup itu terhenti di situ tanpa berbuat apa-apa
mungkin diri memerlukan masa utk bertenang
mungkin diri memerlukan keselesaan dan kekuatan utk melakukan perubahan..
mmg hidup tak terlepas drpd berbuat kesalahan
maafkan sgala kekurangn & kesilapan
walau mungkin ada yang mengatakan mudah utk meminta kemaafan dr insan
tapi utk memberi kemaafan, kesannya sgt mendalam
bukan mudah, bukan!!
namun di situ lah ujianNYA menilai
tahap keberkesanan ukhuwwah
sama ada ia bertunjangkan Tuhan atau pun tidak..

ukhuwwahfillah abadan abada..
persaudaraan kerana Allah..buat selama-lamanya
insyaAllah..

shah da raudhah

Posted at 10:27 am by shahril
Make a comment  

Tuesday, September 07, 2010
Tinta Hari Raya Aidilfitri



Tekad Berjuang Merai Cinta
Walau Tersungkur Mengundang Hiba
Salam Dihulur Maaf Dipinta
Moga Bermakna Syawal Yang Tiba
..InsyaAllah..


Sepanjang kita mengenal erti persahabatan yang terjalin kerana Allah taala
itulah yang membuatkan kita sentiasa merasai kemanisannya
walau kadang-kadang kepahitan dirasai
namun kekuatan ukhuwwah dan hati yang ikhlas itu jugalah
menjadi benteng pertahanan paling utuh
dalam ukhuwwahfillah yang ada..

saya mengambil kesempatan yang ada
untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
kepada sahabat-sahabat yang bersama terus berjuang
menghadapi kehidupan yang tersedia untuk kita semua..

maafkan segala kesilapan, ketelanjuran kata, kekasaran perbuatan
dan segala keburukan yang ditunjukkan kepada kalian.
tegurlah, agar saya sedar akan kesilapan yang dibuat
dan memperbaiki mana yang silap..
hidup kita saling menyempurnakan dan nasihat-menasihati
agar perhubungan ini sentiasa dalam perlindungan dan redha
Yang Maha Kuasa
..insyaAllah..

kita doakan bersama agar kita masih diberi ruang & peluang
untuk bertemu dengan Ramadan tahun hadapan
..insyaAllah..
apa pn, berusaha & berserah diri kepada Allah Yang Mengatur Kehidupan

shah da raudhah

Posted at 11:06 am by shahril
Make a comment  

Wednesday, August 18, 2010
WUDHUK ZAHIR DAN BATIN

Kisah Tauladan..

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " Hatim berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air".

Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki."


Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan":

1. aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ' Siratal mustaqim ' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.


Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

By Jeram Pasu Pasir Puteh

Posted at 08:24 am by shahril
Comment (1)  

Friday, August 13, 2010
Tangisan Nabi Muhammad saw menggetarkan Arasy

“Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah sallahu alaihi wassalam sedang asyik bertawaf di Ka ’bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah sallahu alaihi wassalam menirunya membaca “Ya Karim! Ya Karim!” Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka ’bah, dan berzikir lagi: “ Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah sallahu alaihi wassalam yang berada di belakangnya mengikut zikirnya “Ya Karim! Ya Karim!”

Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: “Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah. ”

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah sallahu alaihi wassalam tersenyum, lalu bertanya: “Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab ?” “Belum,”jawab orang itu. “Jadi bagaimana kau beriman kepadanya ?”Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya, ” kata orang Arab badwi itu pula.

Rasulullah sallahu alaihi wassalam pun berkata kepadanya: “Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat !” Melihat Nabi dihadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya. “Tuan ini Nabi Muhammad?!” “Ya” jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah sallahu alaihi wassalam Melihat hal itu, Rasulullah sallahu alaihi wassalam menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya: “Wahai orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya.”

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata:
“Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda:

“Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar !”

Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi.
Maka orang Arab itu pula berkata:

“ Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya !” kata orang Arab badwi itu. “Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan ?” Rasulullah bertanya kepadanya. ‘Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa – dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya, ’ jawab orang itu. ‘ Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunanNya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawananNya! ’

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah sallahu alaihi wassalam pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata:
“ Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda:

“Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya,juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti !”

Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya..

http://www.kedah.edu.my/spmict/

Posted at 10:59 am by shahril
Make a comment  

Friday, August 06, 2010
Ramadan 1431 H

"Wahai orang-orang yang beriman!
Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana
diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu,
supaya kamu bertaqwa"

al Baqarah-183

Kedatangan Ramadhan dinantikan
harapan membawa seribu erti
menguji jati diri kekuatan jiwa
sejauhmana cinta pada Ilahi
mengusir segala sunyi sepi diri
yang malap dengan dosa-dosa lampau
dinihariku kini kian berseri
dengan tasbih, selawat dan tahmid suci..

Ramadhan,
datangmu memang kunanti
rinduku padamu sentiasa mekar di taman hati
segar mengharum di bingkai rohani
menjadi inspirasi pengabdian diri
terhadap Pemilik jiwaku
Allah Rabbbul’alamin...

Ramadhan,
kuharap kali ini kau takkan pergi lagi
walaupun kau pasti akan pergi lagi
meninggalkan aku, dia dan semua isi bumi
hanya akan datang menjengah kembali
dengan membawa malam seribu erti
apakah malam itu dapat kuhadapi??

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
Wa Marhaban Minkum
kuharap kau tetap hadir dalam sanubariku
bagi mentarbiyah nafsu dan mindaku agar sentiasa
melaksanakan Sunnatullah
menjauhi mungkar dan larangan Allah
biar lahirku nanti selepas Ramadhan
laksana bayi yang suci bersih
tanpa noda dan dosa...

ya Allah
ku mohon keredhaanMU terhadapku hambaMU yang daif..

shah da raudhah

Posted at 10:56 am by shahril
Make a comment  

Previous Page Next Page