Entry: Pembelajaran & Pengajaran Hadis Wednesday, April 20, 2011



Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi - Hadis Hassan Sahih
Terjemahan

Daripada Anas r.a. beliau berkata:
Aku telah mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wassallam bersabda:

Allah Ta'ala berfirman:

Wahai anak Adam!
Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku,
Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli.
Wahai anak Adam!
Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit
kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu.
Wahai anak Adam!
Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang mengadapKu
dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi,
kemudian engkau datang menghadapKU tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu,
nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi.


Pengajaran hadis:

(1) Hadis ini menjelaskan betapa besar dan luasnya Rahmat dan belas kasihan Allah yang tidak terbatas bagaikan lautan tidak berpantai.

(2) Allah berjanji akan mengampunkan segala dosa hamba-hambaNYA yang berdosa walau berapa banyak dosa tersebut dengan syarat mereka berdoa, minta ampun dan mengharapkan keampunanNYA dan dengan syarat dia mati dalam lman, tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu.

(3) Syirik adalah dosa besar paling dahsyat yang tidak akan diampunkan oleh Allah Ta'ala walaupun semasa di dunia dia seorang yang baik, beramal soleh dan melakukan banyak kebajikan. Amal soleh tidak memberi apa-apa erti apabila dihimpunkan berserta syirik. Sebaliknya, orang-orang yang melakukan dosa yang bertimbun banyaknya, dia masih mempunyai harapan untuk mendapat kurnia dan pengampunan Allah yang Maha Pengampun dengan sebab kelebihan imannya.

(4) Hadis ini tidak bertujuan menggalakkan orang-orang mukmin melakukan dosa, sebaliknya ia hanya menunjukkan peri betapa besar dan luasnya rahmat dan keampunan Allah taala.

Hadis ini sentiasa berulang kali diPUBLISH
kerana mengingatkan sy dan dimuhasabah bersama
tentang luasnya rahmat dan kasih Allah
walau bertubi banyaknya dosa yang tertulis
Moga hidup kite sentiasa dalam perlindungan Ilahi
dalam taubat kepada Pemilik Jiwa
insyaAllah

   1 comments

NFS
April 21, 2011   12:24 AM PDT
 
sgt mmbantu tika diri berada dlm keadaan yg sgt2 down..tq 4 ur entry..

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments